Kisah Nabi Muhammad S.A.W – Keajaiban yang terjadi di Dunia saat kelahiran Rasulullah Sayyidina Muhammad, lahirnya Nabi Muhammad Salallohu Alaihi Wa Sallam iaitu pada tanggal 12 Rabiulawal Tahun Gajah dan terletak di kota Mekah al-Mukarramah, yang mana kota tersebut sebagai pembuka rahmat di seluruh alam semesta.
Kelahiran Nabi Muhammad menjadi tanda bahwa beliau akan diangkat menjadi utusan atau Rasul yang terakhir dalam menyampaikan ajaran atau risalah Agama Islam.
Muhammad merupakan peristiwa yang utama di dalam sejarah Agama Islam. Beliau mempunyai kelebihan yang sangat luar biasa, bukan saja hanya dilihat dalam konteks sebelum kelahirannya, akan tetapi juga dalam konteks saat dan selepas dilahirkan.
Peristiwa Kelahiran nabi Muhammad S.A.W
Peristiwa yang luar biasa ini diartikan sebagai Irhas. Irhas adalah suatu kejadian yang sangat luar biasa bagi manusia normal dan hanya terjadi kepada seorang nabi.
Sehubungan dengan hal itu, masih banyak masyarakat muslim yang sebetulnya tidak mengetahui kejadian di balik kelahiran Beliau. Hal ini disebabkan masih banyak lagi rahsia-rahsia yang belum terungkapkan.
Sebelum Sayyid Abdullah menikah dengan Siti Aminah, terpancarlah cahaya yang bersinar-binar dari raup wajahnya kerana di dalam sulbinya membaca Sang Cahaya yang akan menerangi semesta alam kelak sehingga disukai oleh banyak wanita termasuk dari kalangan ahlil kita, sehinggalah beliau menikah dengan Siti Aminah.
Cahaya tersebut pindah kepada Siti Aminah juga, apabila benih yang menanggung cahaya tadi berpindah ke jasad isterinya yang tercinta, sehingga seorang wanita ahli kitab menemui beliau dan mengatakan “Apabila Sayyid Abdullah membawa cahaya itu, Dia sangat mengidamkan untuk menjadi isterinya.
Akan tetapi jika cahaya itu tidak ada lagi maka niat tersebut telah terkubur bagaikan hilangnya sebuah cahaya dari wajah seorang ayah dari Nabi Muhammad tersebut. Pada saat Sayyid Abdullah mengadakan perjalanan ke Syria, telah terdetik di hati sang isteri bahwa suaminya tidak pernah akan kembali lagi.
Keajaiban Ketika Lahirnya Nabi Muhammad.
Pada saat umur Rasulullah saw dua bulan berada di dalam kandungan ibunya, ketika itu pula ayahnya Abdullah wafat dan dimakamkan di kota Madinah Al Munawwarah.
Begitu sangat sedihnya hati Siti Aminah saat mengenang nasib anaknya yang yatim ketika masih di dalam kandungan. Terdapat banyak keajaiban-keajaiban yang terjadi sebelum lahiranya Nabi Muhammad, diantaranya sebagai berikut:-
a) Pintu Syurga Terbuka Luas.
Pada saat Nur Muhammad masuk ke dalam rahim Siti Aminah, Allah mengutus malaikat agar membukakan pintu syurga Firdaus dan memberi kabar kepada semua penghuni yang ada di langit dan di bumi. Tanah-tanah disekitar wilayah tersebut yang kekeringan menjadi sangat subur, pepohonan kayu yang rimbun dan berbuah tamar lebat. Begitu juga haiwan-haiwan yang hidup di darat, di laut serta burung-burung yang berkicau tatkala sibuk membincangkannya.
Angin yang bertiup dari Utara mengkhabarkan kepada angin selatan, timur dan angina barat bahwa akan muncul seorang Penghulu tujuh petala langit dan bumi, maka sembilan bulan yang akan datang Bumi akan gempar dengan berita bahawa akan lahirnya seorang insan yang istimewa.
b) Wajah Siti Aminah Bersinar
Semasa Rasulullah berada di kandungan Siti Aminah, beliau sama sekali tidak merasa kesusahan sebagaimana yang banyak dialami oleh ibu-ibu hamil lainnya. Kehamilannya disadari setelah mendapatkan berita dari malaikat yang mendatanginya di saat beliau tidur.
Malaikat berkata bahwa beliau telah mengandung seorang Nabi dan Penghulu seluruh umat manusia. Selain itu kehamilan Siti Aminah ditandai dengan haidnya terputus dan berpindahnya cahaya daripada wajah Abdullah ke wajahnya.
c) Pasukan Tentera Bergajah Musnah
Pasukan tentara bergajah yang disebut di dalam al-Quran surah al-Fil yang datang menyerang kota Mekah dipimpin panglima perang yang menunggang seekor gajah besar bernama Mahmudi, di saat mereka hampir tiba ke tempat tersebut, gajah-gajah tersebut berhenti dan mundur dengan izin Allah.
Namun demikian, tiba-tiba segerombolan burung Ababil datang menyerang dan memusnahkan pasukan tersebut, sebagaimana yang telah disebut di dalam al-Quran.
Peristiwa ini telah di ceritakan dalam Surah Al-Fil ;-
d) Para Malaikat Turun Ke Bumi
Siti Aminah turut bermimpi yang sangat menakjubkan. Beliau menadahkan tangannya ke langit dan melihat para malaikat turun dari langit. Ia diumpamakan sebagai kapas putih yang melayang-layang di angkasa, kemudian para malaikat itu berdiri di hadapannya.
Ia berkata “Berita bahagia kepada saudara, wahai ibu dari seorang nabi, putera saudara telah menjadi penolong dan pembebas bagi manusia. Namakan dia dengan nama Ahmad.” Semasa lahirnya Nabi Muhammad, Siti Aminah ditemani oleh Siti Asiah dan Siti Maryam.
Dalam hal ini ia termasuk salah satu isyarat bahwa kedudukan Nabi Muhammad lebih tinggi derajatnya dibandingkan dengan Nabi Isa dan Musa. Keadaan semacam ini telah diterangkan dalam kitab Taurat dan Injil bahwa akan datang kepada kalian seorang nabi di akhir zaman.
No comments:
Post a Comment